nuffnang

Thursday, November 24, 2011

kecian Yuna

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular negara yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna mengesahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 dua minggu lalu ditarik balik. 

Beliau yang merangkul trofi berkenaan menerusi lagu Penakut mengakui perkara itu menerusi laman Twitternya, semalam.
Bagaimanapun, penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 itu enggan mengulas lanjut mengenai penarikan balik trofi, sebaliknya meminta semua persoalan diajukan kepada penganjur, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).Semalam, ruangan Dengarnya dalam akhbar ini menyiarkan artikel berlaku kesilapan pengiraan sehingga trofi Lagu Terbaik dianugerahkan kepada lagu Penakut, sedangkan ia tidak memenangi lagu terbaik dalam kategori ditandingi. 

Sebaliknya, Lagu Pop Terbaik yang turut menyenaraikan lagu Penakut, dimenangi Sedetik Lebih, ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa itu dinyanyikan Anuar Zain. 

Sementara itu, Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan RIM, Rosmin Hashim ketika dihubungi berkata, penjelasan mengenai perkara itu akan diberikan pada sidang media khas petang ini. 


hasil ciplak dr beritaharianonline..hehe...xpa la bkn rezeki dya kn...dh mng anu len ok la tuh

3 comments:

L.O.V.E.U said...

kami x tgk pun awards tuh... tp kesian bile dgr kan...huhuhu

arnabs said...

huhu tu ar..xpa la dya mng yg len

xxhwko___ said...

hehe ! bukan REZEKi lha 2 ! ngee~ peace !