nuffnang

Monday, June 20, 2011

'Pak Uda' meninggal dunia

 Pelakon dan pelawak, Zami Ismail, 67, yang meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara (IJN) akibat kegagalan jantung tidak pernah memaklumkan kepada isteri dan sembilan anaknya mengenai penyakit dihidapi. Malah, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan atau tanda-tanda menghidap penyakit kronik Pelakon dan pelawak, Zami Ismail, 67, yang meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara (IJN) akibat kegagalan jantung tidak pernah memaklumkan kepada isteri dan sembilan anaknya mengenai penyakit dihidapi.Anak keduanya, Ahmad Yamashita, 38, berkata bapanya seorang yang berahsia dan sukar melihat dirinya mempunyai masalah atau sakit teruk. 

“Tak nampak perbezaan ketara pada diri dia, tiba-tiba saja sakit dan kami tak tahu dia ada masalah jantung cuma sebelum ini dia sering mengadu sakit dada.
“Dia memang sering sakit tapi sakit biasa saja, malah kami pernah melarang dia buat kerja-kerja berat termasuk berlakon tetapi dia seorang yang komited dengan kerja walau sakit sikit pun dia tetap nak pergi juga,” katanya.

Allahyarham Zami disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi di sisi isteri dan ahli keluarganya selepas seminggu dirawat di IJN kerana keadaan yg semakin tenatJenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil di Tapah Road di sini, sebelum solat Asar semalam.

Allahyarham yang aktif dalam bidang lakonan sejak 1985 membintangi lebih 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit dan Shh...Dia Datang...(sumber:www.bharian.com.my)

p/s : saya amat mngemari lakonan & lawak Allahyarham Pak uda time 'pi mai pi mai tang tu' dan lakonannya dlm filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sbgai pak abu..semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat,,kpd blogger boleh sedekahkan Al-fatihah..

5 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

innalillah.. at least, peristiwa ni mengingatkan kita kat kematian.. dan bersyukur sbb kita masih hidup~~ ^_^

Alif Haris said...

innalillah~ Alfatihah buat arwah

arnabs said...

nusna : btul tuh..:)
alif:al-fatihah

NuSaNa NoSa 91 said...

panggil je sy keen..

oh ye~ bila nk update?? ^_^

arnabs said...

hehe oke keen,,,
haha,,,sgt mls nk update,,i will update soon